Follow Us

6/recent/ticker-posts

MAJLIS PELUNCURAN IHYA’ RAMADHAN 1447H / 2026M 🌙✨ SK TAMBUN TULANG

MAJLIS PELUNCURAN IHYA’ RAMADHAN 1447H / 2026M 🌙
SK TAMBUN TULANG

Alhamdulillah, pada 23 Februari 2026 (5 Ramadhan 1447H) telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Peluncuran Ihya’ Ramadhan SK Tambun Tulang bertempat di Dewan Besar SKTT.

Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar yang kita hormati, En. Mohd. Shahrin bin Hamad, dengan kehadiran seluruh warga SKTT yang begitu bersemangat menyambut bulan penuh rahmat ini. 🌸


Sepanjang program Ihya’ Ramadhan kali ini, pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya:

📖 Tadarus & Tilawah Al-Quran (murid, guru dan staf)
🌟 Pencarian Bakat (Tilawah, Hafazan & Tulisan Khat)
💝 Infak Ramadhan
🕌 5 Minit Tazkirah, Selawat & Zikir
📚 Ceramah Nuzul Quran
🥣 Gotong-royong Bubur Lambuk bersama PIBG
✨ Majlis Khatam Al-Quran & Wada’ Ramadhan

Program ini bertujuan untuk menyemai kecintaan terhadap al-Quran, memupuk akhlak mulia, mengamalkan budaya bersedekah serta menghayati roh Ramadhan sebagai pemangkin kecemerlangan ummah.



Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan membentuk generasi SKTT yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah unggul sahsiah. 💚

Terima kasih kepada semua jawatankuasa, guru-guru, PIBG dan warga sekolah yang berganding bahu menjayakan program ini.

🌙 “Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi mendidik jiwa menjadi lebih mulia.”


GALERI MAJLIS

Post a Comment

0 Comments